Ebit Lew terima Anugerah Khas sempena Hari Belia Negara 2020

Pendakwah terkenal, ustaz Ebit Lew menjadi antara 13 pemenang Anugerah Perdana Belia Negara yang menerima Anugerah Khas sempena perasmian Sambutan Hari Belia Negara 2020 Peringkat Kebangsaan hari ini.
Beliau menerima wang tunai RM10,000, piala dan sijil penghargaan disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru.
Memetik laporan Astro Awani, pendakwah berusia 36 tahun itu menerima anugerah itu berikutan usaha gigihnya yang bergerak ke seluruh pelusuk tanah air bagi menghulurkan bantuan semasa pandemik Covid-19.
Terima kasih atas doa & anugerah!
Menerusi laman Facebook miliknya, beliau meluahkan rasa syukur atas kurniaan penganugerahan tersebut selain mendoakan agar anak muda terus menjadi pembimbing kepada redha Allah SWT.
“Terima kasih Tan Sri Muhyiddin Yasin yang sangat baik hati. Tadi makan sekali. Segan lak saya. Saya ni biasa-biasa je.
“Terima kasih Menteri Belia dan Sukan Dato Seri Rizal Merican yang memberi sokongan kepada usaha yang saya lakukan. Semoga Allah beri rahmat dan kebaikan buat pemimpin negara Malaysia tercinta ini,” tulisnya.
Tonton minit 52:10
Sumber : Astro Awani , Ebit Lew